JAKARTA, Indonesia – Keadaan gemuruh Rosentolz sebaik melangkah ke Pusat Equestrian Antarabangsa meragut impian equin negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil untuk meraih pingat emas selepas menyaksikan Malaysia sekadar berpuas hati dengan perak dalam acara dressage individu Sukan Asia 2018 semalam. Kekecewaan jelas terpancar di wajah Qabil apabila hanya dibezakan 0.425 mata dengan juara keseluruhan dari Hong Kong, Jacqueline Wing Ying Siu dengan catatan 77.045 mata, manakala gangsa menjadi milik atlet…










