ANGIN sepoi-sepoi bahasa diiringi desiran ombak di pantai Bandar West Point di Monrovia, ibu negara Liberia tidak sedikit pun menenangkan jiwa Gbeneweieh Quoh. Wanita bertubuh kurus dan berkulit gelap itu sebaliknya sibuk memeriksa saki baki binaan kediamannya, bimbang terdapat bahagian lain yang mungkin berpotensi musnah dibawa badai ombak. Fikirannya tidak pernah tenteram sejak tiga buah bilik tidurnya hilang dibawa arus tahun lalu membuatkan struktur rumahnya tidak stabil dan cukup membahayakan.…










