KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta berkaitan dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. Najib, 65, yang diwakili peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga pertuduhan itu diulangi terhadapnya untuk direkodkan pengakuan dalam prosiding di hadapan Hakim…










