IPOH 8 Ogos – Kerajaan negeri dicadangkan supaya menaik taraf Daerah Kecil Selama kepada daerah penuh untuk membangunkan kawasan tersebut. Mohd. Akmal Kamaruddin (Pas-Selama) berkata, Selama sudah mempunyai beberapa kemudahan untuk dinaik taraf sebagai daerah penuh seperti hospital, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan balai bomba. Menurutnya, jika bertaraf daerah penuh, lebih banyak peruntukkan pembangunan dapat disalurkan di Selama berbanding ketika ini peruntukan pihak berkuasa tempatan (PB) lebih besar disalurkan…










