MUAR – Seorang pemandu lori maut dan tiga orang cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan bas Harapan Johor di Kampung Temiang, Jalan Salleh, Pagoh kira-kira pukul 8.45 pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Idris Rejab berkata, pemandu lori berusia 53 tahun yang dikenali sebagai Nordin Kosnon mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia ketika dibawa ke unit kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar. “Tiga orang mengalami kecederaan parah dan…










