TORONTO 13 Ogos – Rafael Nadal dan Simona Halep menjuarai acara perseorangan lelaki dan wanita Piala Rogers selepas menewaskan lawan masing-masing pada aksi final di sini awal hari ini. Nadal dari Sepanyol menundukkan pemain muda sedang meningkat naik dari Greece, Stefanos Tsitsipas 6-2, 7-6 untuk merangkul kejuaraan kejohanan ini buat kali keempat dalam kariernya. Selain menghalang Tsitsipas daripada memperoleh hadiah hari lahir paling bermakna semalam, Nadal, 32, juga menamatkan kemaraan…










