YANGON – Myanmar semalam menolak hasil siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendakwa tentera negara berkenaan melakukan jenayah penghapusan etnik atau genosid terhadap penduduk minoriti Islam Rohingya. Myanmar menerima tekanan hebat minggu ini berhubung operasi ketenteraan pada tahun lalu yang memaksa lebih 700,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh. Pada Isnin lalu, pasukan penyiasat PBB mendedahkan butiran terperinci bukti genosid dan jenayah kemanusiaan berkala besar yang dilakukan terhadap etnik Rohingya…










