KOTA KINABALU – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman sekali lagi gagal hadir untuk proses angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dijadualkan berlangsung di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Ahmad Abdul Rahman. Menurut Ahmad, Musa berusia 67 tahun terpaksa menangguhkan proses angkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga yang dimenanginya pada…










