PUTRAJAYA 30 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memulakan siasatan terhadap Tan Sri Musa Aman selepas bekas Ketua Menteri Sabah itu benar-benar sihat. Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya belum soal siasat Musa yang kini masih menerima rawatan. “Kita akan soal siasat Tan Sri Musa selepas beliau benar-benar sihat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










