SETIU 11 Ogos – Seorang murid tahun enam dikhuatiri lemas ketika mandi dan mencari kepah berhampiran laluan santai Setiu (boardwalk Setiu) di Pengkalan Gelap di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa, Muhammad Nor Hafiz Norizam, 12, dikatakan pergi ke kawasan rekreasi tanah bencah itu bersama tiga rakan sebelum dihanyutkan arus deras. Komander Operasi, Penguasa Bomba Mohd. Mazimi Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul…










