JOHOR BAHRU 26 Ogos – Walaupun gagal pulang bersama mata di Larkin, namun Kelantan tetap menarik nafas lega kerana hanya kalah tipis 0-1 kepada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam. Kekalahan itu menyebabkan The Red Warriors (TRW) menghuni tangga ketiga Kumpulan C di belakang JDT dan MISC-MIFA selepas mengharungi empat perlawanan dengan satu kemenangan, satu seri serta dua kekalahan. Kelantan sudah diselubungi kebimbangan sebelum bertandang ke Larkin kerana hilang…










