MEKAH 22 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof mengakui kagum dengan perkhidmatan perubatan yang disediakan Tabung Haji untuk jemaah di tanah suci terutama Safari Wukuf dengan menyifatkannya sebagai ‘state of the art’. Beliau yang melawat Pusat Rawatan Syisyah di sini buat pertama kali berkata, khidmat yang diberi seumpama hospital swasta tetapi percuma dengan pesakit kritikal tidak dibenarkan bergerak, sebaliknya dibawa berwukuf iaitu rukun terpenting haji…










