KUALA LUMPUR 28 Ogos – Dua syarikat pengeluar gula diproses terbesar tempatan, MSM Malaysia Holdings Bhd. (MSM) dan Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (CSR) menghormati keputusan kerajaan untuk menurunkan harga siling gula walaupun mereka terpaksa menghadapi kos pengoperasian tinggi. Pada masa sama, pihak industri akan memastikan bekalan bahan keperluan makanan itu sentiasa mencukupi dalam pasaran. MSM dan CSR dalam satu kenyataan bersama menjelaskan, penurunan tersebut perlu dalam memastikan bekalan gula…










