SUBANG JAYA 9 Ogos – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengambil insiatif mengubah suasana lorong belakang bangunan di Jalan PJS 11/28A dan Jalan PJS 11/28B, Bandar Sunway di sini menjadi lebih selamat, bersih dan indah. Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, kerja-kerja naik taraf dan pengindahan lorong belakang yang menelan belanja sebanyak RM300,000 itu dijangka siap dalam tempoh sebulan lagi. “Program ini merupakan usaha MPSJ dalam menangani isu di lorong…










