BUENOS AIRES 16 Ogos – Kapten skuad La Albiceleste, Lionel Messi disahkan terlepas dua aksi persahabatan di Amerika Syarikat (AS) bulan depan, kata sumber rapat Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) kepada Reuters hari ini. Sumber tersebut, yang mengesahkan laporan media Argentina berhubung situasi Messi semalam berkata, penyerang Barcelona itu bukan sahaja akan terlepas aksi menentang Guatemala dan Colombia, malah mungkin akan lebih. “Kami tidak tahu apa yang akan berlaku selepas…










