Lembu-lembu itu ‘beratur’ untuk disembelih. Di satu laluan khas berpagar yang diperbuat daripada besi bergalvani di tepi padang ragut di kawasan Masjid Puncak Alam, Selangor yang berseni bina moden, lembu-lembu itu bakal dikorbankan satu per satu dalam tempoh singkat. Tanpa panorama orang ramai bekerja keras menarik tali yang mengikat kaki-kaki lembu untuk dijatuhkan seperti acara korban tipikal, tiada juga lembu yang dihenyak jemaah ketika berhempas pulas untuk menumbangkan haiwan itu…










