SPRM mula siasat Kementerian Pertahanan - Utusan Malaysia

SPRM mula siasat Kementerian Pertahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula menyiasat Kementerian Pertahanan (MINDEF) berhubung beberapa projek yang melibatkan Tentera Darat dari tahun 2023 hingga kini.

Satu sumber memaklumkan, SPRM telah ke kementerian itu kira-kira pukul 11.30 pagi hari ini.

Menurutnya, fokus siasatan adalah tertumpu kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.

“Transaksi kewangan mencurigakan yang dikaitkan dengan individu-individu tertentu yang dinamakan dalam dakwaan tersebut juga akan diteliti,” katanya di sini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan seorang pegawai kanan tentera.

Katanya, semua siasatan dijalankan secara bebas dan profesional, berasaskan fakta serta bukti, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Semalam, SPRM memaklumkan sedia menjalankan siasatan berhubung dakwaan aktivis Pembela Tanah Air (PETA), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mengenai dakwaan pengubahan wang haram melibatkan seorang pegawai kanan tentera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN