Menteri perlu sensitif dengan isu Mara - Dr. M - Utusan Malaysia

Menteri perlu sensitif dengan isu Mara – Dr. M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan menteri-menteri Kabinet beliau supaya sensitif dengan pandangan orang ramai berhubung isu Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Perdana Menteri berkata demikian memandangkan Mara ketika ini sudah menjadi sesuati yang ‘sensitif’ dalam kalangan rakyat.

Beliau juga memberitahu, isu berkenaan diberikan perhatian serius oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pakatan Harapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akan bawa perkara ini kepada menteri-menteri supaya mereka faham betapa pentingnya mereka sensitif terhadap pandangan orang ramai.

“Kalau kita mahu dapatkan sokongan orang ramai, kita mesti sensitif kepada pendapat mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam tadi.

Sejak kebelakangan ini, Mara menjadi isu tumpuan ramai apabila timbul pelbagai spekulasi mengenai masa depan agensi yang menumpu kepada agenda pembangunan Melayu serta bumiputera itu.

Ada dakwaan kononnya Mara akan dipecah-pecah dan dibahagi kepada beberapa kementerian.

Terdahulu, pengamal media yang menerima jemputan liputan sidang akhbar pada pukul 10 malam perlu menunggu selama dua jam sebelum ia berlangsung pada pukul 12 pagi ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×