Menteri dakwa jawapannya mengenai kekayaan Zahid diputar belit - Utusan Malaysia

Menteri dakwa jawapannya mengenai kekayaan Zahid diputar belit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Datuk Liew Vui Keong  berkata jawapan bertulis beliau di Palimen bagi menjawab pertanyaan berhubung dakwaan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memiliki wang tunai sebanyak RM230 juta telah diputar belitkan.

Pejabat menteri itu dalam satu kenyataan hari ini menafikan bahawa menteri berkenaan pernah berkata kononnya dakwaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kekayaan Ahmad Zahid sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lepas adalah palsu.

Pejabat beliau berkata, Vui Keong sekadar menjelaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melakukan penyiasatan terhadap dakwaan itu ‘sekiranya ada bukti’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya telah disalah lapor dalam jawapan saya di Parlimen. Saya tidak mengatakan dakwaan itu adalah palsu,” Vui Keong dipetik sebagai berkata dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya itu.

Vui Keong berkata demikian sebagai mengulas beberapa laporan portal berita pada Isnin lepas yang memetik jawapan bertulis beliau di Parlimen kepada pertanyaan Anggota Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang menekankan bahawa dakwaan Ahmad Zahid memiliki kekayaan berbentuk wang tunai RM230 juta adalah palsu.

Jawapan bertulis yang sebenar boleh diberikan kepada sesiapa juga yang berminat hendak mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu, kata pejabat beliau.

Ramkarpal telah bertanya sama ada kerajaan akan menyiasat dakwaan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Ahmad Zahid, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dipetik sebagai berkata beliau bersedia disiasat SPRM berhubung dakwaan beliau memiliki kekayaan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM230 juta pada 1996. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×