Petaling Jaya 2 Ogos- Melihat penyatuan bangsa Malaysia sebagai satu agenda yang perlu diteruskan, Media Prima hari ini melancarkan kempen kemerdekaan dengan tanda pagar #KitaPunya. Melalui kempen yang sama, kumpulan Bunkface juga turut dipilih untuk menyanyikan lagu tema yang berjudul Kita Punya Malaysia. Ciptaan sepenuhnya oleh Sam Bunkface, lagu ini juga turut menjadi lagu rasmi kempen kemerdekaan nasional, Sayangi Malaysiaku. Selain Bunkface kempen #KitaPunya turut membariskan beberapa personaliti lain seperti…










