MCA bakal guna logo sendiri - Utusan Malaysia

MCA bakal guna logo sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – MCA akan menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Balakong.

Presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai berkata, ia merupakan keputusan sebulat suara MCA yang akan disampaikan kepada Barisan Nasional (BN) kemudian.

Ketika ditanya sama ada MCA akan keluar daripada BN, Tiong Lai menjawab menggunakan peribahasa Cina.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Biar saya ulang sekali lagi, BN sudah ming cun shi wang (BN hanya wujud pada nama, tapi realitinya sudah mati).

“Kita perlu tumpukan pada pembaharuan setiap parti. Kita masih percaya pada masa depan (MCA). Kita memasuki babak baharu,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat MCA di sini semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini