MBSA anjur Kayuhan Kemerdekaan Ahad ini - Utusan Malaysia

MBSA anjur Kayuhan Kemerdekaan Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menganjurkan Program Kayuhan Kemerdekaan bertempat di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14 di sini Ahad ini. 

Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, program tersebut diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-61, 31 Ogos ini.

“Seramai 400 peserta dijangka menyertai program kayuhan sejauh 15 kilometer ini.

“Program ini juga selaras dengan hala tuju MBSA mempromosi  bandar raya Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon menjelang 2030 dalam kalangan komuniti Shah Alam, “katanya di sini hari ini.

Shahrin berkata, program kayuhan berkenaan adalah sebahagian daripada Porgram Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan “Sambutan Hari Kemerdekaan” anjuran MBSA.

Katanya, program berkenaan merupakan inisiatif pihak MBSA ke arah mempromosikan gaya hidup sihat dan mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida yang boleh mencemar alam sekitar.

Dalam pada itu, Shahrin berkata, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan untuk memeriahkan program ini antaranya pelepasan peserta bagi aktiviti riadah seperti acara berbasikal, acara berjalan kaki, zumba, persembahan pentas oleh kombo MBSA, dan pemeriksaan kesihatan percuma.

Katanya lagi, bagi menarik penyertaan orang ramai, pihak MBSA juga akan menyediakan permainan ‘wall climbing’, cabutan bertuah, ‘Mobile Library’, Food Truck,’Tourism Street, chu cu train,  pameran keselamatan oleh PANTAS dan jualan pokok serta baja kompos.

“Program EcoFree Market juga akan diadakan iaitu pemberian barangan terpakai secara percuma kepada yang memerlukan.

“Selain itu, turut akan diadakan program yang akan menampilkan artis jemputan Daqmi untuk pengisian aktiviti Jom “Picnic Dhuha” serta bacaan puisi, “katanya.

Pada masa yang sama, pihak MBSA mengharapkan kerjasama dari orang ramai dan pemilik-pemilik bangunan sekitar pusat bandar untuk mengambil maklum mengenai jalan-jalan yang akan ditutup sepanjang program ini iaitu Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai pada tarikh 12 Ogos 2018 (Ahad) mulai pukul 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN