TAPAH 25 Ogos – Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu kecewa terhadap sikap rakyat negeri ini yang tidak mengibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan. Menurutnya, berdasarkan pemerhatiannya di sepanjang perjalanan menghadiri program di Chenderiang dekat sini dari Ipoh hari ini, beliau tidak nampak walaupun satu Jalur Gemilang yang dipasang. Beliau berkata, sehubungan itu rakyat diminta supaya mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara. “Hari ini saya dari Ipoh sampai Chenderiang,…










