Mayat ditemui rentung dalam kereta - Utusan Malaysia

Mayat ditemui rentung dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Satu mayat belum dikenal pasti ditemui di tempat duduk hadapan sebuah kereta yang rentung terbakar selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 16.7 Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) menghala ke Kuchai Lama di sini awal pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 4.07 pagi tadi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Seramai tujuh anggota berserta dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dikejarkan ke lokasi dan mendapati terdapat sebuah kereta jenis Honda City sedang marak dijilat api.

“Anggota bertugas turut mendapati bahawa terdapat seorang mangsa yang rentung di bahagian tempat duduk pemandu kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Khirudin, kereta tersebut dipercayai telah terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum terbakar.

“Kereta tersebut telah terbakar seratus peratus pasukan bomba berjaya memadan api sepenuhnya sekitar pukul 4.28 pagi.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujar beliau. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini