DUNGUN – Kecurigaan seorang pemuda terhadap kesan tanah yang baru ditimbus di kawasan belukar berhampiran sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Santong dekat sini hari ini membongkar perbuatan kejam menanam mayat bayi dipercayai baru dilahirkan. Mayat bayi lelaki tersebut ditemui selepas Jafmi Mohd., 32, nekad menggali semula kawasan tersebut yang terletak berhampiran gudang penyimpanan barang milik kakaknya pada pukul 7.30 pagi. Jafmi berkata, pada mulanya, dia terjumpa dengan sebuah beg sukan…










