MELAKA – Pengasas Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil, Jalil Tompang meninggal dunia di sini semalam akibat komplikasi selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada bulan lalu. Jalil, 72, menghembuskan nafas terakhirnya pukul 2.10 pagi di sisi anak-anaknya di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka di sini. Menurut anak kelimanya, Sudirman Jalil, 38, Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan selepas terlibat dalam kemalangan motosikal ketika pulang menziarahi kubur isterinya, Rahmah Dollah di…










