JOHOR BAHRU 9 Ogos – Pelakon veteran, Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya yang kini masih dirawat meminta peminat mendoakan kesejahteraannya agar boleh pulang dan berehat dengan keluarga di kediamannya di Larkin di sini. Mat Sentol, 85, dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini Isnin lalu akibat strok haba. Beliau yang juga pengarah, penulis skrip dan pencipta lagu memaklumkan kini sihat dan cuma sedikit keletihan. “Pastinya saya…










