KUALA LUMPUR 28 Ogos – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu akan menyerahkan kepada kepemimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selaku pengguna untuk menentukan aset-aset yang perlu dibeli kerana beliau tiada pengetahuan tentang keperluan pertahanan negara. Mohamad berkata, beliau sebaliknya akan menumpukan terhadap polisi kementerian dan peningkatan prestasi tadbir urus perolehan serta pengurusan kewangan supaya tidak lagi berlaku sebarang ketirisan. “Kalau orang tanya saya berkenaan keperluan aset pertahanan untuk 10 tahun akan datang,…










