SAUDARA PENGARANG,SAYA terbaca dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris mengenai aduan terdapat segelintir doktor pakar di beberapa hospital hanya menggunakan bahasa Mandarin ketika merawat pesakit. Pengadu yang juga seorang doktor menyatakan tindakan doktor pakar itu menyukarkan doktor pelatih mempelajari kaedah rawatan malah berisiko mengancam nyawa pesakit jika berlaku kekeliruan dengan kakitangan lain khususnya bahagian farmasi. Saya sendiri pernah perhatikan doktor pakar bercakap Mandarin dengan pesakit di sebuah hospital di Pulau Pinang…










