KUALA LUMPUR 14 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengesahkan bahawa hanya Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sahaja yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang ditubuhkan untuk memperkasakan sosioekonomi orang Melayu dan bumiputera. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, terdapat beberapa pihak yang sengaja menzahirkan keresahan bahawa Mara kini telah dipecahkan dan dakwaan itu merupakan satu niat jahat yang cuba ditimbulkan untuk menimbulkan kembimbangan masyarakat.…










