KUALA TERENGGANU – Satu lagi mayat remaja yang lemas selepas hilang dipukul ombak besar sewaktu mandi-manda di Pantai Teluk Kalong, Kemaman kelmarin telah dijumpai hari ini. Mayat Ahmad Daniel Firdaus Zubir, 19, yang merupakan pelajar Diploma Kulinari Management & Science University (MSU), Shah Alam dijumpai terdampar di pantai berkenaan pada pukul 5.20 pagi tadi. Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah berkata, mayat…