KERALA 25 Ogos – Bagaikan jatuh ditimpa tangga. Mangsa banjir di negeri ini yang dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing diberi amaran untuk bersiap sedia menghadapi ancaman baharu iaitu ular. BBC melaporkan, beberapa pasukan menangkap ular telah dikerahkan ke kawasan terjejas berikutan kebimbangan bahawa reptilia berkenaan mungkin menjadikan ruang dalam almari, permaidani atau mesin basuh untuk menyembunyikan diri. Hospital di kawasan yang terjejas juga sedang menyiapkan bekalan anti-bisa. Malahan, beberapa hospital…










