Malu dengan kedudukan pertahanan Malaysia - Mohamad Sabu - Utusan Malaysia

Malu dengan kedudukan pertahanan Malaysia – Mohamad Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Kedudukan pertahanan negara pada ketika ini berada di tempat yang paling bawah dalam kalangan negara-negarai Asia Tenggara yang mana ini memalukan Malaysia di peringkat antarabangsa..

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, situasi itu berbeza dengan kedudukan Malaysia berada di tangga teratas pada tahun 1970-an.

Malah, dakwa beliau, kedudukan negara Vietnam lebih baik berbanding Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang ini, kedudukan tentera laut, udara dan sebagainya dalam kalangan Asia Tenggara, negara kita berada di tempat yang paling bawah. Vietnam jauh ke hadapan, Indonesia nombor satu dan Malaysia sekarang ke bawah.

“Malulah kita kalau pergi ke peringkat antarabangsa. Tetapi saya akan berusaha menjadikan Malaysia hebat semula, nombor satu semula,” katanya ketika sesi waktu pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Danyal Balagopal Abdullah (PH-Port Dickson) yang meminta Kementerian Pertahanan menjelaskan mengenai isu peruntukan dan pertahanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×