Malaysia sasar 7 pingat emas - Utusan Malaysia

Malaysia sasar 7 pingat emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 10 Ogos – Malaysia menyasarkan kutipan tujuh pingat emas di Sukan Asia yang akan berlangsung di Jakarta-Palembang bermula hujung minggu hadapan.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan sasaran rasmi itu selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang yang disempurnakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Sasaran kita ialah untuk meraih tujuh pingat emas dan jika bernasib baik, kita mampu mencecah 11 pingat emas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara sukan yang menjadi sasaran adalah berbasikal, karate, sepak takraw, silat, tenpin boling serta beberapa sukan lain.

“Kutipan pingat emas menjadi keutamaan negara kerana ia bakal menentukan kedudukan negara secara keseluruhan,” katanya.

Temasya Sukan Asia 2014 di Incheon menyaksikan kontinjen Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ke-14 dengan lima pingat emas, 14 pingat perak dan 14 pingat gangsa.

Bagaimanapun, menerusi Program Podium, Malaysia disasarkan untuk menamatkan saingan di dalam kelompok 10 pasukan terbaik di temasya itu.

Bagi edisi kali ini, seramai 426 atlet akan beraksi di dalam 35 jenis yang berlangsung di Jakarta dan Palembang.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×