KANGAR – Kadar pengangguran sebanyak 3.4 peratus yang direkodkan pada suku pertama tahun ini meletakkan Malaysia sebagai negara guna tenaga penuh. Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Datuk Mohd. Jeffrey Joakim berkata, ini berdasarkan takrifan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bahawa mana-mana negara yang merekodkan pengangguran bawah 4.0 peratus sebagai negara guna tenaga penuh. “Kadar pengangguran di Malaysia dalam julat 3.3 hingga 3.4 peratus adalah baik dan terkawal,” katanya…










