Malaysia bukan tong sampah dunia - Utusan Malaysia

Malaysia bukan tong sampah dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan menjadi ‘tong sampah’ dunia bagi pembuangan sisa plastik dari negara-negara maju berikutan tindakan China yang mengharamkan kemasukan sisa pe­pejal itu sejak Januari tahun ini.

Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin berkata, kerajaan telah memperkenalkan prosedur operasi stan­dard (SOP) dengan kriteria baharu bagi permohonan Lesen Import (AP) selain telah membatalkan sebanyak 114 AP sisa plastik secara serta-merta.

“Pengusaha-pengusaha perlu memohon semula (AP) mengikut SOP baharu untuk memastikan tiada berlaku pelanggaran peraturan.

“Kerajaan juga menubuhkan satu pasukan khas bagi mengkaji kaedah terbaik mengawal pengimportan sisa plastik,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri Sidang Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau menjawab soalan ­Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali (Bebas-Bagan Serai) yang ingin mengetahui tindakan kementerian ke atas longgokan beribu tan sisa pepejal plastik yang datang dari negara maju selepas China mengharamkan kemasukan sisa pepejal ke negara itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN