Malaysia belum sedia jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 - Utusan Malaysia

Malaysia belum sedia jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Malaysia belum bersedia menjadi tuan rumah edisi Komanwel 2026, kata bekas presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar.

Beliau berkata kini, untuk menjadi tuan rumah bagi temasya yang berlangsung setiap empat tahun itu sudah menjadi agak mahal bagi banyak negara.

“Tuan rumah bagi Sukan Komanwel, seperti yang diketahui akan datang (2022) ialah di Birmingham dan bagi edisi 2026 masih dalam rundingan.

“Saya tidak fikir kerajaan bersedia untuk itu dan saya tidak pasti jika mereka melihat kepada terma dan syarat, tentunya ia tidak akan menarik perhatian mereka lagi,” katanya kepada Bernama.

Untuk rekod, Tunku Imran pernah berkata Malaysia mampu menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 tetapi semuanya bergantung kepada sama ada wujud keazaman politik untuk menganjurkannya.

Malaysia pertama kali menganjurkan Sukan Komanwel pada 1998. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN