JAKARTA, Indonesia – Skuad badminton lelaki negara terpaksa akur apabila ditunjukkan jalan keluar lebih awal apabila tewas 0-3 kepada Jepun dalam acara berpasukan lelaki pada Sukan Asia 2018 di Stadium Istora Senayan semalam. Pada saingan tersebut, skuad badminton lelaki negara yang diketuai perseorangan pertama, Liew Daren mempamerkan aksi longlai apabila tewas 13-21, 14-21 kepada pemain rangking No. 4 dunia, Kento Momota. Keadaan skuad negara bertambah sukar selepas ketinggalan 0-2 apabila…