Malaysia akan sertai RCEP hanya jika beri manfaat - Mahathir - Utusan Malaysia

Malaysia akan sertai RCEP hanya jika beri manfaat – Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menyertai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) hanya jika perjanjian perdagangan mega itu terbukti memberi manfaat kepada negara, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad. Perdana Menteri turut menafikan cadangan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bahawa RCEP akan ditandatangani pada tahun ini. “Tidak. Kami perlu menelitinya (RCEP),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perbincangan meja bulat dengan pemimpin perniagaan ASEAN di sini hari ini. Perbincangan itu dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC), Tan Sri Dr. Mohd. Munir Abdul Majid. Mahathir menegaskan Malaysia juga tidak membuat sebarang komitmen mengenai RCEP. – Bernama  

Sokong kewartawanan kami

PERCUMA

1 bulan

1 Bulan / RM4.99

Sehari hanya RM0.17

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN