SEREMBAN – Syarikat penerbangan diminta memaklumkan kepada penumpang mereka seawal mungkin berhubung pindaan waktu penerbangan susulan penutupan ruang udara sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ini bagi memudahkan para penumpang merancang semula perjalanan mereka. Beliau berkata, tiada sebarang pembatalan penerbangan akan dibuat susulan penutupan ruang udara sekitar KLIA dan KLIA2 selama lima hari bermula 27 Ogos ini untuk pertunjukan udara…










