SEREMBAN – Mahkamah Tinggi di sini menolak bantahan awal Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi membatalkan permohonan petisyen pilihan raya yang difailkan calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14, Dr. S.Streram. Hakim Datuk Azimah Omar membuat keputusan itu pada pagi ini selepas menolak lapan bantahan yang dikemukakan pihak responden iaitu Mohamad. “Setelah meneliti dan menimbang segala afidavit dan hujahan bertulis responden pertama…










