Mahkamah tetapkan Jumaat dengar permohonan halang laporan media - Utusan Malaysia

Mahkamah tetapkan Jumaat dengar permohonan halang laporan media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan Jumaat ini bagi mendengar permohonan perintah larangan bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib bahawa pihaknya sudah mengemukakan permohonan bertulis.

Menurut Muhammad Shafee, kedua-dua pihak perlu meneliti dokumen dan sedia untuk berhujah berhubung perkara itu Jumaat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup tidak mengemukakan sebarang bantahan.

Sementara itu, mahkamah dalam keputusannya membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk tiga pertuduhan baharu dibacakan hari ini bagi dibicarakan bersama dengan pertuduhan sebelum ini.

Mahkamah juga membenarkan Najib mengguna pakai ikat jamin RM1 juta kes yang terdahulu bagi pertuduhan penggubahan wang haram.

Dalam prosiding sama, turut dibaca semula pertuduhan pindaan terhadap tiga kesalahan pecah amanah jenayah dan satu salah guna kuasa.

Namun, Najib mengekalkan pengakuan mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas semua pertuduhan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×