KUALA LUMPUR – Tarikh perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta hasil aktiviti haram, tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. ditetapkan pada Jumaat ini. Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali juga menetapkan tarikh sama untuk mendengar permohonan Najib bagi mendapat perintah larangan terhadap media daripada menerbitkan perbincangan berkaitan merit dan pertuduhan yang dihadapinya sebelum perbicaraan bermula. Mohd. Nazlan juga…