BACHOK 14 Ogos – Seramai 20 mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan 19 pelajar Universiti Andalas (UA), Padang, Indonesia merasai kehidupan desa apabila tinggal bersama penduduk Kampung Kuau selama tiga minggu baru- baru ini. Program Khidmat Komuniti anjuran Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dengan kerjasama Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) UMK; Jabatan Penerangan negeri dan Muafakat Komuniti Malaysia Kampung Kuau/Keluat adalah susulan daripada memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara kedua-dua…










