JAKARTA 20 Ogos – Penembak negara, Mohamad Lutfi Othman gagal melepasi aksi kelayakan 10 meter air rifle dalam Sukan Asia 2018 yang berlangsung di Palembang, hari ini. Dalam aksi yang berlangsung Kompleks Sukan Jakabaring itu, dia meraih 614.3 mata dan menduduki tempat ke-28 daripada senarai 31 peserta. “Saya rasa sedikit rugi hari ini, sebenarnya agak konsisten tapi pada akhirnya saya banyak buang (tembakan) menyebabkan mata terjejas. “Saya hanya salahkan diri…