KOTA BHARU 11 Ogos – Muktamar Dewan Pemuda Pas Kelantan Ke-59 di sini hari ini meluluskan satu usul tergempar mengutuk sebarang usaha untuk mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini. Usul tersebut juga menyatakan solidariti bersama Dr. Nur Ilyani Mohamed Nawawi, pegawai perubatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang menulis surat terbuka kepada anak Perdana Menteri, Datin Marina Mahathir berhubung isu LGBT. Ketua…










