Lorong di Persiaran Kenanga ditutup setahun - Utusan Malaysia

Lorong di Persiaran Kenanga ditutup setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn. Bhd. (Prolintas), pemegang konsesi bagi Lebuh raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) sedang melaksanakan penutupan sementara satu lorong dan pusingan U di Persiaran Kenanga dan Persiaran Suria bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Lebuh raya DASH.

Prolintas dalam satu kenyataan berkata, penutupan jalan berhampiran persimpangan lampu isyarat selama setahun itu telah bermula pada Khamis lalu dan berakhir 16 Ogos tahun depan.

“Selain itu, Jalan PJU 3/31 Sunway Damansara juga akan ditutup esok dan dijadualkan berakhir pada 14 Oktober ini bermula jam 10 malam hingga 6 pagi keesokannya.

“Langkah-langkah keselamatan seperti kawalan lalu lintas, pemasangan kon keselamatan, papan tanda amaran, penghadang plastik dan konkrit akan ditempatkan di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, pasukan respons kecemasan (ERT) juga akan bertugas 24 jam bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol, 1-300-88-5522; Facebook, PROLINTAS Highways; Twitter, @myDASHofficial; Emel, [email protected] serta Laman web rasmi, www.mydash.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×