KOTA BHARU – Kegiatan memproses daun ketum yang didalangi lima lelaki sejak sebulan lalu terbongkar selepas kesemua mereka ditahan di sebuah rumah di Kampung Paya Senang, Telipot di sini semalam. Serbuan dibuat kira-kira pukul 6.30 petang itu adalah hasil maklumat awam selepas pihak polis mengesyaki rumah terbabit dijadikan tempat pemprosesan air ketum oleh kesemua suspek yang berusia antara 21 hingga 27 tahun. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail…










