JERANTUT 26 Ogos – Seramai 44 orang ahli Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) daerah mengadakan lawatan ke Kompleks Nasyrul Quran di Presint 14, Putrajaya baru-baru ini. Setiausaha Puspanita daerah, Nur Syafiqa Mohd. Aznan berkata, lawatan itu bertujuan memberi pendedahan bagaimana proses menghasilkan cetakan mushaf al-Quran yang cukup dikenali sehingga di peringkat antarabangsa. “Kunjungan ini mampu menerapkan pendidikan mengenai teknologi pemperosesan pembuatan al-Quran iaitu pembangunan struktur dan motif,…










