SEPANG 6 Ogos – Kecemerlangan Liew Daren meraih gangsa selepas mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia minggu lalu telah membuka mata Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menyenaraikannya ke dalam skuad Sukan Asia 2018. Walau bagaimanapun Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, perkara itu masih di peringkat pertimbangan kerana pihaknya memerlukan masa beberapa hari lagi untuk membuat keputusan muktamad mengenainya. “BAM memang bangga dengan pencapaian Daren memandangkan dia hanya…










